Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

            

 

SEJARAH PASIR PUTEH

 

Bandar Pasir Puteh terletak di tebing Sungai Semerak, kira-kira 30 kilometer ke selatan Kota Bharu. Sebelum dikenali sebagai Pasir Puteh, tempat ini terkenal sebagai Pangkalan Limbungan. Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah Sultan Muhammad IV melawat tempat berkenaan di mana baginda begitu kagum dengan keputihan dan kilauan pasir sepanjang pantainya. Pada tahun 1911, Sultan telah bersetuju menamakan tempat berkenaan Pasir Puteh yang bererti pasir pantai yang putih. Pasir Puteh juga merupakan tempat sejarah dimana, pahlawan Kelantan iaitu Tok Janggut membina pasukan kepahlawanan Melayu bagi menentang kewujudan cukai di Kelantan.