Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

 

TEMPAT MENARIK DI PASIR PUTEH

 

 

 

 

 

Jeram Pasu

Air Terjun ini  terletak di Kampung Padang Pak Amat. Boleh di kunjungi secara berkenderaan sehingga ke destinasi. Ia merupakan kunjungan air terjun yang paling popular. Airnya yang jernih dan sejuk pastinya akan memberi kesegaran dan memuaskan hati setiap pengunjungnya.

Jeram Linang

kelantan jerampasu

Jeram Linang juga merupakan salah satu tempat perkelahan yang boleh dikatakan popular. Di sini dua air terjun kecil buatan serta tiga gelongsor air, termasuk dua tempat mandi untuk kanak-kanak telah dibina. Jeram Linang menjadi pilihan utama keluarga kerana keindahan hutan hujan tropika yang terdapat di sini. Bagi menambahkan suasana perkelahan, pengunjung dipelawa berjalan melintasi Jambatan Gantung sepanjang 100 meter atau mendaki 100 anak tangga untuk sampai ke lokasi puncak air terjun yang terletak pada ketinggian kira-kira 1,000 meter. Pelbagai kemudahan disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan JPK, antaranya zoo mini, ruang barbeku, kolam ikan, tandas, surau, bilik menukar pakaian, taman permainan kanak-kanak dan tapak perkhemahan. Selain itu, perkhidmatan pelampung untuk disewa juga disediakan.

 

Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu ini terletak berhampiran Semerak dalam daerah Pasir Puteh. Juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu kerana terdapat banyakkelantan whisperingbreeze pokok rhu. Pantai ini tekenal dengan hembusan angin bayu yang sejuk sesuai untuk perkelahan. Oleh sebab itulah ia dinamakan "Pantai Bisikan Bayu".